Pengenalan

  • Airborne Discovery menyifatkan kerjayanya sebagai hasil wawasan, pandangan dan inisiatif kakitangan dan pengurusannya. Kejayaannya bukanlah satu destinasi tetapi merupakan sebuah perjalanan untuki memacu kejayaan yang lebih besar di masa depan.

    Semenjak penubuhannya pada tahun 2006, Airborne terus mengatur langkah untuk menyediakan sebuah program latihan yang berteraskan spiritualiti dan kemahiran mengendalikan emosi.

    Ianya dihasilkan dengan mengambil kira keperluan dan keadaan semasa yang memerlukan masyarakat lebih prihatin dan menekankan aspek kerohanian di dalam seluruh aspek kehidupannya .

    Dengan semangat dan iltizam untuk memperkasa program latihan di Malaysia, Airborne Discovery bukan sahaja memfokuskan perkembangan pasarannya di negara ini, malah dibeberapa negara di rantau Asia Tenggara. Jurulatih kecerdasan spiritual dan emosional Airborne turut juga diundang untuk mengisi dan menyampaikan latihan.

    Logo syarikat diambil daripada seekor burung camar yang terbang bebas menikmati kebebasannya. Ianya menggambarkan spiritualiti manusia yang semakin meningkat dengan bertambahnya kematangan dan umurnya.

    Burung itu akan terus terbang tinggi menggambarkan kesucian dan kemurnian jiwa yang semakin lama semakin bersih dan suci. Begitulah seakan gambaran manusia yang menempuh sebuah perjalanan singkat dan kemudian kembali menemui Tuhan PenciptaNya .

 

Leave a Reply

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *