Tentang Kami

  • Written by admin
  • January 8, 2012 at 12:52 am
  • 0
  • Program pembangunan modal insan yang telah dicetus dan dibangunkan oleh Airborne Discovery Sdn.Bhd (ADSB) serta setiap kandungan modul yang dilaksanakan sebenarnya akan dipantau oleh panel syariah secara berterusan.

    Setiap modul yang dibangunkan adalah bertujuan untuk memperkasa individu dan mengembangkan potensi diri yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. melalui teknik dan methodologi latihan yang berkesan.

    Kumpulan syarikat AirBorne Discovery Discovery terdiri daripada:

    - Airborne Discovery Sdn. Bhd
    - Airborne Publishing Sdn. Bhd
    - Unique Music & Entertainment
    - Airborne Travel & Tours

    Melihat kepada perkembangan semasa, pihak AirBorne sangat prihatin tentang sensitiviti yang diperdebatkan melibatkan modul pelatihan berasaskan elemen kerohanian, oleh itu pihak AirBorne ingin menegaskan bahawa program yang berbentuk kerohanian dibuat di bawah pemantauan berkala daripada panel syariah yang dilantik.

    Sehubungan itu, kami mengalu-alukan sebarang teguran dan komen dari mana-mana pihak bagi memastikan keharmonian nilai-nilai islam tetap terpelihara.


    Yang Berbahagia Ustaz Doktor Azahar Yaakub
    Ahli Majlis Agama Islam Selangor

 

Leave a Reply

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *