Tuan Haji Noor Azizan Abdul Majid

    •   haji azizan
    • Tuan Haji Noor Azizan Abdul Majid's details
      • Country: Malaysia
      • Region: Asean
      • Studies: Bachelor of Business and Management Majoring in Marketing, Diploma in Public administration from University Technology Of MARA
      • University: UPM (Universiti Putra Malaysia)
      • Email: azizan@airborne-discovery.org
    • Tuan Haji Noor Azizan Abdul Majid's presentations

    Tuan Haji Noor Azizan mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun sebagai pakar motivasi. Kerjaya beliau bermula pada tahun 1994 di dalam bidang telekomunikasi.

    Kemudian, beliau menggunakan pengalaman yang beliau peroleh dari Pernec Corporation Sdn.Bhd mengenai cara hidup, ilmu, etika dan juga falsafah hidup bangsa Jepun untuk mengembangkan lagi pengetahuan yang ada.

    Pada tahun 1997, beliau telah menyertai Digital Equipment Corporation Inc (DEC) sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan (Business Development Manager). Bersama DEC, beliau telah mengetuai divisyen pembangunan perniagaan untuk syarikat telekomunikasi di Malaysia.

    Selain itu, beliau juga telah memainkan peranan sebagai jurucakap untuk pasaran telekomunikasi. Selepas berkhidmat selama 3 tahun, beliau meninggalkan DEC dan menyertai Acision (dikenali sebagai Logica CMG sebelumnya).

    PERINGKAT ANTARABANGSA
    Semasa beliau di Acision, segalanya berubah.
    Di sinilah beliau berada di kemuncak kerjayanya di mana beliau telah dilantik menjadi Pengarah Jualan untuk pasaran Asia Pasifik.

    Beliau telah menghadiri pelbagai kursus yang lebih menjurus kepada jualan dan pemasaran, juga modal insan yang berkaitan dengan cara hidup masyarakat Jepun, USA, United Kingdom serta Singapore. Sekarang, beliau bersama dengan Jinny Software Limited sebagai Pengarah Jualan untuk negara-negara Asian.

    PERINGKAT NASIONAL
    Buat pengetahuan semua, beliau merupakan jurulatih dan penganalisa bertauliah untuk program penilaian bakat (Talent Assessment Program) via Fingerprint Analysis sejak 2008.

    Beliau juga seorang pakar motivasi yang terkenal yang melatih banyak “smart training program” yang meliputi kebahagiaan kerohanian, pengurusan kerohanian, tatakerja, terapi minda dan juga Emotional Freedom Technique (EFT).

 

Leave a Reply

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *