Pendahuluan

  • Salam hormat dan salam sejahtera,

    Selamat datang ke AirBorne Discovery dan terima kasih di atas kesudian anda untuk melayari laman web kami.

    AirBorne Discovery menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk untuk membangun modal insan dan mengurus bakat setiap individu. Kami percaya bahawa setiap insan mempunyai kebolehan dan potensi yang tersendiri yang harus digilap agar bercahaya dan cemerlang di dalam hidup.

    Potensi yang ada pada diri tidak harus diabaikan kerana merupakan suatu pembaziran kepada negara. Untuk mencapai hasrat menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi, pengurusan bakat dan modal insan adalah suatu pelaburan yang penting dan perlu diberi perhatian khusus. Kita akan tertinggal jauh ke belakang bilamana kita masih melakukan perkara yang sama setiap hari tanpa perubahan.

    Justeru, marilah bersama-sama berganding bahu mencapai hasrat yang murni. Insan yang cemerlang adalah insan yang seimbang dari pembentukan karakter dan akhlaknya. Ini memerlukan juga pengurusan qalbu yang baik agar insan itu benar-benar tulus dan ikhlas dalam melalui ranjau-ranjau kehidupan yang diatur oleh Sang Pencipta.

    Beruntunglah bagi mereka menyucikan hati dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya.