Artikel 7 – Pengembangan Bakat

  • Written by admin
  • January 17, 2012 at 12:33 am
  • 0
  • Tahap pengembangan intelektual seseorang itu mencapai sebanyak 50% pada usia seawall empat tahun lagi. Inilah yang biasa disebut sebagai usia keemasan (Golden Age) kerana otak mampu menyerap setiap rangsangan yang masuk dengan cepat dan pantas. Mereka akan mampu menghafal banyak maklumat seperti perbendaharaan kata, nada, bunyi-bunyian dan sebagainya.

    Pada usia 8 tahun, seseorang itu sudah pun mencapai tahap intelektual otak sebanyak 80% dan akan berhenti bilamana mencapai usia 18 tahun.

    Justeru itu, kalau para ibu-bapa tidak mengambil kesempatan dengan menyesiakan usia keemasan itu tadi, maka mereka dianggap telah kehilangan suatu masa dan saat yang sangat berharga untuk menyediakan landasan dan hala tuju pendidikan anak mereka seterusnya.

    Mengapakah ianya terjadi?

    Ini disebabkan pengembangan bakat seseorang itu perlulah dilihat dan dipantau sejak kecil lagi untuk melihat apakah bakat dan minat yang wujud dalam diri mereka.

    Adalah sesuatu yang penting bagi ibu-bapa dan guru untuk membuat pemantauan yang berterusan bagi melihat bakat setiap anak di dalam bidang tertentu, bukannya memaksa anak mereka mengembangkan bakat mengikut kehendak ibu-bapanya.

    Perkara yang perlu dilakukan dalam pemantauan perkembangan bakat dan minat seseorang itu. Sejak usia seawal mungkin, perhatikan kelebihan, keterampilan dan kemampuan yang menonjol.

    • Bantu mereka untuk lebih berasa yakin dan focus kepada kelebihan dirinya.
    • Tanamkan konsep diri yang positif ke dalam diri.
    • Berkongsi dengan mereka tentang pelbagai wawasan hidup, pengetahuan serta pengalaman di pelbagai bidang.
    • Berusaha untuk mengingkatkan minat mereka untuk belajar dengan tekun dibidang-bidang yang menjadi kelebihannya.
    • Tingkatkan motivasi mereka untuk mengembang dan melatih kemampuan mereka
    • Membuat stimulasi untuk meluaskan kemampuan mereka dari satu bakat ke bakat yang lainnya.
    • Berikan penghargaan dan pujian.
    • Berikan sokongan dan dorongan untuk mengatasi pelbagai masalah dalam mengembangkan bakat mereka.
    • Menjalin hubungan yang baik di antara ibubapa, guru dan anak.

 

Leave a Reply

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *